Monday 28 February 2011

Kelebihan Surah Al-Bayyinah...

KELEBIHAN SURAH AL-BAYYINAH:


RABU,23 FEBRUARI 2011


"Wahai Tuhan kami, kami lah menzalimi diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan dosa dosa kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".




Surah al-Bayyinah yang bererti bukti yang nyata adalah surah yang ke-98 di dalam al-quran, mengandungi 8 ayat, ia dinamakan Surah al-Bayyinah kerana menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW diutus menjadi Rasul, membawa ajaran islam yang benar dan menjadi bukti yang nyata terutama terhadap orang orang kafir ahli kitab yakni yahudi dan nasrani.




Banyak fadhilat dan juga faedah yang kita boleh ambil darinya, antaranya:
Menurut sebuah Hadis Rasulullah SAW menceritakan:" Sesungguhnya Allah SWT setelah mendengar orang yang membaca Surah al-Bayyinah ini lalu berfirman kepada pembacanya: "Bergembiralah kamu hai hambaku, dengan kemuliaanku, aku tidak akan melupaimu dalam setiap gerak tingkah lakumu di dunia dan juga di akhirat dan akan aku tempatkan kamu di dalam syurgaku atas keredhaanmu...
                                                                                                                                                                 ♥sitinorhaida♥


20 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. قراءته مع العمل به , تجعل المسلم كالأترجة طعمها طيب ،و ريحها طيب

    ReplyDelete
  3. Rasulullah menganjurkan kita sebagai umatnya agar membaca dan memahami al-Quran. Sabda Nabi:
    1. "Sebaik-baik manusia ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"
    2. "Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca al-Quran"
    3. "Terangilah rumahmu dengan solat dan membaca al-Quran"

    Oleh itu, marilah kita membaca, memahami dan mengamalkan isi al-Quran yakni Kalamullah s.w.t...wallahu 'alam..

    ReplyDelete
  4. al-Quran adalah mukjizat yg kekal hingga ke akhir zaman,
    setiap surah2 & ayat2 di dalamnya ada kelebihannya..SubhanAllah..

    ReplyDelete
  5. al-Quran adalah mukjizat yg kekal hingga ke akhir zaman,
    setiap surah2 & ayat2 di dalamnya ada kelebihannya..SubhanAllah..

    ReplyDelete
  6. ALLAH amat menyayangi makhluk ciptaanNYA..marila kita sama2 bersyukur dengan nikmat ini..:)

    ReplyDelete
  7. SUBHANALLAH...bnyk ny hikmah yg terkandung dlm surah2 d dlm surt cinta dr ALLAH ni...dan surah al-bayyinah adlh slh satu ny..tQ ats perkongsian:)

    ReplyDelete
  8. SUBHANALLAH...setiap surah mempunyai kelebihan-kelebihannya...Sama-samalah kita membaca, memahami serta mengamalkannya...

    ReplyDelete
  9. Dalam surah ini Allah menerangkan bahawa ajaran Muhammad s.a.w. adalah ajaran yang benar dan agama yang dibawanya adalah agama yang lurus yang mencakup ajaran utama yang dibawa nabi-nabi yang dahulu.

    ReplyDelete
  10. subhanallah..bru 1surah,bnyk tul kelebihannya..blum lg 1 AQ..;)

    ReplyDelete
  11. betapa indahnya alquran...
    merangkumi kisah Rasulullah saw..
    mulianya Rasulullah...dialah contoh & teladan kpd semua umat...
    dinyatakan juga perihal beliau membawa ajaran Islam utk memperlihatkan org kafir bhawasanya al quran adalah petunjuk yg benar...:)

    ReplyDelete
  12. setiap surah-surah dalam al-quran mengandungi fadhilatnya sendiri, beruntunglah sesiapa yg menyampaikan kalamuallah wpun sebaris ayat..maka sampai-sampaikanlah walaupun sepatah ayat. Nescaya Allah akan memberi ganjaran 10 kali kebaikan kepa...da kamu.
    Ilmu yang ada, seeloknya dapat memberi kebaikan untuk ummah yang lain.

    ReplyDelete
  13. masya Allah,,bgitu besar fadhilat surah ini,, alhamdulilah,,hanya engkau yg layak d sembah,, nabi Muhammad itu pesuruh mu ya Allah,, alquran itu ajaran lurus mu.. maha suci engkau ya rabb,,

    ReplyDelete
  14. sesungguhnya semua surah mempunyai kelebihan masing2..oleh itu marilah kita mecari khazanah didalam ayat suci ALLAH... (@@,)

    ReplyDelete
  15. Membaca Al-quran adalah salah satu ibadat yang paling utama yang telah dianugerahkan Allah kepada kita. Malah Allah telah berjanji memberikan ganjaran yang besar kepada hambanya yang mengamalkan bacaan Al-quran. seperti yang telah difirmank...an Allah dalam Surah Fathir ayat 29 dan 30

    ertinya " Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah, mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi. Agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka dari kurniaanNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Pembalas."

    Malah Nabi S.A.W pernah bersabda yang matannya berbunyi
    " Ibadah umatku yang amat utama ialah membaca Al-Quran."

    ReplyDelete
  16. setiap surah dalam Al-Quran terdapat pelbagai-bagai kelebihan tapi hanya manusia sahaja yang tidak tahu akan kelebihnnya sepeti surah Al-Baiyinah ini.. setelah membaca artikel ini mungkin secara tak langsung dapat mengetahui tentang keistimewaan salah satu surah di dalam Al-Quran.

    ReplyDelete
  17. sunhanallah...amat besar kemuliaan yang Allah anugerahkan kepada hambaNYA yang memperbanyakkan membaca ayat-ayatnya..quran bukan mukjizat semata-mata untuk menjadi bukti kerasulan para rasulNYA,malah ia menjadi panduan hidup yang syumul meliputi seluruh kehidupan manusia..amat lengkap dan sempurna..subhanallah...mudah-mudahan kita sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t...

    ReplyDelete
  18. 1perkongsian yang sangat menarik..

    ReplyDelete
  19. AQ memang banyak rahsia tersirat..dalam setiap surah ada kelebihan tersendiri
    -harmini

    ReplyDelete
  20. Bismillah
    Dengan nama Allah
    Aku menghadiahkan yang terindah
    Akulah hamba mu yang merindui setiap surah
    Mesyahdukan setiap kali bacaan al fatihah
    Meratapi setiap lukisan awan yang terarah..
    Jangan lah gundah
    I'm pian

    ReplyDelete